Jangan undi BN di PRK Sg. Besar dan K. Kangsar – Tun Mahathir

Kata Tun Mahathir, pengundi-pengundi perlu memberi undi seberapa banyak yang mungkin kepada parti yang akan menentang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijalankan serentak pada 18 Jun depan.

“Bulan puasa ini kita akan berdepan dengan dua pilihan raya kecil, saya berharap kita semua akan mengalahkan BN dalam PRK kali ini,” katanya ketika berucap di Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pembangkang supaya pertembungan sesama sendiri seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini tidak berulang.

Jelasnya, sekiranya terdapat beberapa calon daripada pembangkang, harapan untuk menewaskan Barisan Nasional semakin sukar.

“Jangan ambil kira siapa yang melawan BN, kita hendak cuma satu parti dan satu calon sahaja yang lawan BN kerana kita tahu kalau kita letak dua tiga calon seperti yang berlaku di Sarawak, undi berpecah dan BN akan menang.

“Kalau kita hanya ada satu lawan satu kita boleh tentukan kekalahan BN dengan mengundi seberapa banyak mungkin kepada calon yang melawan BN.

“Jangan kira siapa calon ini, kalau pun daripada dia parti PAS dan PAS tidak bersama dengan kita, tetapi yang utama mengalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya.

Kerusi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dari BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS hanya kalah tipis kira-kira 399 majoriti undi di Sungai Besar dan hanya ketinggalan kira-kira 1,082 majoriti undi di Kuala Kangsar.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri