Jangan umum calon PM sekarang – Tun M

Menurut Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru menjalin kerjasama muafakat politik dengan Pakatan Harapan berkata, pihak lain akan kecewa dan tertipu sekiranya identiti calon itu didedahkan kepada umum sekarang.

“Ia akan mencetuskan masalah dan pertikaman lidah dalam PH nanti yang hanya akan menimbulkan kekeliruan maksimum, dan itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

“Soal pemilihan PM pakatan pembangkang, keputusan akan dibuat apabila PRU semakin dekat dan pemilihan mestilah dipilih oleh semua parti pembangkang bukannya satu parti pembangkang sahaja,” katanya.

Kenyataan Tun M ini turut disokong oleh Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir bahawa dengan menyifatkannya sebagai satu pendapat yang tepat.

“Pemimpin UMNO dan BN mungkin boleh persoal mana calon PM dan Kabinet Bayangan Pembangkang. Tetapi perlu ingat bahawa PH tidak akan bertepuk untuk irama dan sketsa pihak lain,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pemangku PM sekiranya pembangkang membentuk kerajaan selepas PRU-14 dan ia disokong oleh Tun M manakala nama Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dicalonkan sebagai PM. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal