Jangan timbulkan spekulasi, biar Husni jelaskan

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, bagaimanapun, bahagian itu berharap Ahmad Husni, yang turut melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua, dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Ahmad Husni sebaliknya memberi beliau masa untuk menjelaskannya.

“Saya perlu bertemu sendiri dengan Datuk Seri (Ahmad Husni) kerana setakat ini, apa yang saya peroleh sama seperti yang Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin maklumkan.

“Apa juga keputusan beliau, kita hormati tapi dalam masa sama, berharap dia akan terus bersama kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Umno Bahagian Tambun di sini, malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.

Menerusi Shamsul Zairil yang juga setiausaha politiknya, Ahmad Husni turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri