Jangan tarik diri – Annuar

Bekas Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan pemahaman beliau, di bawah peraturan badan induk bola sepak negara itu, Kelantan akan hilang kelayakan untuk beraksi selama-lamanya dalam Liga Super sekiranya menarik diri.

“Kelantan perlu beraksi di Liga FAM jika mahu ke kambali ke saingan Liga Super.

“Mungkin memerlukan tempoh selama 10 tahun untuk kembali,” katanya menerusi entri laman sosial facebook miliknya pada Selasa.

Annuar memberitahu, walaupun berundur dari Kafa untuk memberikan laluan kepada orang yang lebih mampu, namun perkembangan pasukan Kelantan dan Malaysia masih diikuti.

Katanya, beliau berharap barisan exco KAFA tidak menarik diri daripada menyertai saingan Liga M 2017 nanti.

Bagaimanapun keputusan hala tuju Kelantan akan diputuskan pada 29 Disember ini menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa.

Badan induk bola sepak Kelantan itu memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan kekal bersaing secara kompetitif namun persatuan masih bergelut mencari sumber kewangan selepas melepaskan jawatan Presiden, awal bulan lalu.

Setakat ini, KAFA hanya menerima tajaan-tajaan kecil termasuk dari Syarikat Eniqworld Enterprise pengeluar produk kecantikan dan minuman berasaskan kesihatan namun tajaan tersebut masih belum mampu menampung perbelanjaan pasukan.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2