“Usah peduli dengan apa sahaja spekulasi dan khabar angin yang tersebar ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut kepulangan beliau dan isteri Halina Zakaria dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji, di Seri Iman di Kuala Terengganu pada Jumaat.
Sehubungan itu, beliau meminta anggota UMNO supaya tidak terpengaruh dengan spekulasi itu kerana ia sekadar khabar angin.
Menurutnya kepimpinan Terengganu akan meneruskan agenda dan fokus pilihan raya umum akan datang dengan berusaha menunaikan janji untuk memanfaatkan rakyat negeri ini.
Sebelum ini, spekulasi tersebar kononnya Ahmad Razif, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditukar sebelum pilihan raya umum diadakan. – Bernama