Melalui entri terbaharu di Facebooknya, Perdana Menteri berkata lebih malang lagi apabila pemimpin berkenaan sanggup menggadai prinsip serta mempertaruhkan kedaulatan negara demi mencapai matlamatnya.
“Sayangnya, ada pemimpin yang dahulunya sering melaung memperjuangkan semangat kebangsaan, hari ini meminta campur tangan orang asing dalam hal ehwal negara.
“Mereka ini sanggup meninggalkan prinsip malah menggadaikan kedaulatan negara semata-mata untuk agenda peribadi.
“Kita tak perlu, kita jangan minta orang asing campur tangan dalam hal urusan kita. Biarlah urusan dalam negara ditentukan oleh rakyat sendiri,” katanya.
Sementara itu, Najib berkata pada tengahari tadi beliau menerima kunjungan daripada barisan kepemimpinan Gabung Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan menyambut baik segala cadangan dikemukakan gabungan itu.
Katanya, pelbagai cadangan dan pendapat yang bernas diutarakan, antaranya berkaitan Dual Language Programme, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Indeks Syariah Malaysia.
“Saya mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh GPMS untuk memartabatkan agenda pendidikan Bumiputera melalui program-program seperti siri dialog, seminar motivasi serta macam-macam lagi.
“Usaha ini juga secara tidak langsung memberi dorongan dan menanamkan semangat kecintaan buat bangsa dan negara dalam kalangan golongan muda Melayu dan Bumiputera.
“Insya-Allah, kerajaan akan terus mendukung dan membantu perjuangan yang dibawa oleh GPMS untuk bangsa dan negara,” katanya