Jangan leka dengan agenda Tun Mahathir – Anwar

Beliau yang mengakui menulis ‘warkah dari penjara’ untuk mengingatkan pemimpin PKR mengenai kezaliman lalu tersebar kepada umum minggu lalu.

“Jangan ikut agenda dia dan lupakan (agenda) rakyat.

“Ya, saya tulis surat itu, Ia sebenarnya untuk kepimpinan. Tetapi memandangkan ia sudah tersebar luas, saya harap semua ahli membacanya,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan sejurus sebelum diiring keluar.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat lapan muka surat yang ditulisnya kepada kepimpinan PKR tetapi kemudian tersebar kepada umum di media sosial dan portal berita.

Dalam surat itu, Anwar menggesa pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dalam gerakan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang enggan mengulas panjang mengakui bahawa dalam suratnya, tiga wakil rakyat PKR iaitu Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tian Chua yang menandatangani Deklarasi Rakyat, boleh meneruskannya itu dengan mengekalkan hubungan kerja.

Bagaimanapun segala agenda ataupun perjuangan parti itu tidak harus dilupakan dan terjejas dengan adanya deklarasi itu.

“Bagaimana dengan harga barangan, kebajikan, pendidikan dan IPP (loji jana kuasa bebas)?, ini ialah pesanan saya kepada mereka,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri