“Kelirukan masyarakat India dengan artikel tidak sahih dan berbaur fitnah, salah tafsirkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai komuniti India baru-baru ini sangat melampau.
“KDN seharusnya menyiasat dan bertindak ke atas pihak tidak bertanggungjawab itu,” kata Ketua MIC negeri Perak, Datuk V. Elango.
Katanya, pihak tertentu itu turut menyiarkan artikel yang membelakangkan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
“Kami tidak menyekat kebebasan akhbar, tetapi tulis yang benar dan sahih dan kami sedia menjawab.
“Janganlah tulis maklumat fitnah dan suruh kami menjawab pula, apa yang kami nak jawab jika kamu tulis yang tidak sahih,” soal Elango lagi.
Akhbar Tamil itu katanya harus berhenti menyiarkan artikel berbaur fitnah selepas ini.
Beliau juga meminta KDN untuk bertindak tegas sebagai menghalang perbuatan akhbar itu. – Tamil Nesan