Jangan jolok sarang tebuan -TMJ

Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tiger mengingatkan Annuar agar tidak menjadi liabiliti kepada UMNO dan beliau harus bertanggungjawab terhadap kegagalan KAFA berbanding mencari kesilapan orang lain.

“Baru-baru ini saya dimaklumkan mengenai timbul persoalan berkaitan fasiliti milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Kepada Tan Sri, semua stadium di negeri Johor sememangnya milik Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan tersebut pula adalah milik siapa? Milik DYMM Sultan Johor yang telah wujud sejak tahun 1885. Itu bererti terpulanglah kepada DYMM Sultan Johor untuk bagaimana menggunakan semua milik kerajaan negeri.

“Negeri Johor juga adalah kubu kuat parti pemerintah sekarang. Tarikh untuk rakyat negara keluar mengundi sudah hampir, oleh itu jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya,” kata Tunku Ismail di laman Facebook tersebut.

“Kepada Tan Sri, jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti. Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada rakyat.”

Tunku Ismail berkata, Annuar seharusnya bertanggungjawab dalam masalah kegagalan KAFA dan tidak melarikan diri.

“Kita sedia maklum yang Tan Sri telah membina KAFA dari mula-mula lagi dan Tan Sri juga harus bertanggungjawab atas kegagalan dan ketidak urus KAFA hari ini.

“Janganlah Tan Sri bagaikan nakhoda bertempiaran lari meninggalkan bahtera bila berhadapan ombak besar. Sedangkan KAFA pun Tan Sri tak boleh nak urus, elok Tan Sri lupakan hasrat menerajui bola sepak negara,” katanya.

Tunku Ismail turut membidas Annuar yang mengatakan bahawa JDT merosakkan pasaran bola sepak Malaysia dengan membayar gaji pemain terlalu tinggi.

Beliau berkata, sistem bola sepak negara kita kini sudah berdaya maju, dan tidak wujud mengenai pasukan lain tidak mampu untuk bersaing atau beraksi dalam liga. Ianya berkenaan dari kebijaksanaan mengurus wang.

“Ianya satu perkiraan yang mudah, JDT paling ramai boleh mendaftar dalam 27 hingga 30 orang pemain tempatan sahaja dalam satu masa. Berapa ribu pemain yang ada dalam negeri ini?

“Jikalau anda nak menandatangani pemain yang sama memanglah duit anda akan habis. Terpulang kepada JDT untuk membayar berapa tinggi sekalipun gaji pemain kami. Masih ada ramai lagi pemain lain yang boleh bermain dan tidak perlulah bersaing dengan JDT untuk mendapatkan pemain yang terbaik.

“Ikutlah kemampuan dan jangan sibuk bersaing dengan cara JDT,” tegas Tunku Ismail.

Beliau turut menasihati Annuar agar menyelesaikan dulu hutang piutang sebanyak RM6.7 juta KAFA terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain.

“Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.

“Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Dr Mahathir bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera,” kata Tunku Ismail.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia