Beliau berkata, perbuatan sedemikian hanya akan mencetuskan kekeliruan dan boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
“Jangan jaja isu agama untuk tagih simpati dan undi, sebarang kekhilafan yang berlaku tidak sepatutnya dipolitikkan,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad yang mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Mahathir berkata, tiap-tiap tahun 1,000 orang dihantar untuk mengerjakan haji dengan duit curi. –Tamil Malar