Jangan jadikan kes culik Sabah bahan kempen PRN Sarawak, kata KPN

Beliau berkata, ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah berbangkit malah merumitkan usaha menyelamat mangsa culik.

“Kita boleh faham perasaan yang dihadapi oleh ahli keluarga mereka yang berada dalam tahanan pihak penculik. Jangan gunakan isu ini untuk menyusahkan pihak kami (polis).

“Saya nasihatkan mana-mana parti politik agar jangan menyukarkan usaha kami dengan membawa keluarga mangsa ke atas pentas untuk berkempen bagi pihak mereka … tidak menyelesaikan masalah, malah merumitkan keadaan untuk selamatkan mangsa-mangsa,” katanya kepada pemberita di Petaling Jaya, pada Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin parti politik yang berkempen dan memberi bantuan kewangan kepada keluarga mangsa culik untuk menebus anggota keluarga mereka yang diculik.

Khalid berkata parti politik berkenaan sepatutnya memberi penjelasan kepada keluarga mangsa bahawa pihak berkuasa telah mengambil semua langkah sewajarnya untuk membebaskan mangsa.

Mengenai kes berkenaan, beliau semalam memaklumkan bahawa pihaknya mendapat maklum balas positif dari pihak keselamatan Filipina mengenai usaha menyelamat empat rakyat Malaysia yang diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, Sabah pada 1 April lalu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia