Jangan jadi macam Jamal, kata Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza memuat naik gambar Jamal lebih kurang 20 jam yang lalu dengan kapsyen bertulis:”Jangan jadi macam Jamal ye.”

Ramai peminat Siti yang turut membidas tindakan Jamal yang dimuat naik menerusi akaun instagram penyanyi tersohor itu.

“Walaupun isu ini besar, kita diberikan akal fikiran untuk berfikir mana baik atau buruk. Tidak perlulah berpakaian seperti itu kalau ye pun mahu meluahkan rasa tidak puas hati dan kenapa perlu dipolitikkan isu ketiadaan air ni?,” kata pengguna Instagram, Amreyz.

“Yang sokong Jamal ni mesti tidak dapat notis atau rumah dia tidak ada peti surat,” menurut Wajihjamil.

“(Kelam) kabut je baru empat hari kat rumah kau dan kawasan Selangor dah kecoh, kawasan Kuala Lumpur hari itu seminggu tidak ada air elok je,” kata _arefiff.

Tidak kurang juga netizan yang menyifatkan Jamal sengaja mahu mencari publisiti murahan.

“Sebenarnya dia nak cari glamour (populariti) je. Sebab isu Baju Merah dah tak keluar tc (televisyen). Dia kan kalau boleh setiap hari nak keluar berita kat surat khabar dan tv. Apa lagi isu yang dia boleh bawa untuk keluar tc? Isu yang memalukan diri dia sendiri ke. Tak perlulah nak jadi hero kalau menjatuhkan maruah diri sendiri,” ujar hilmiahghafar.

Bermula 19 Disember yang lalu dilaporkan kira-kira 3,892,641 pengguna di Lembah Klang akan terjejas akibat gangguan bekalan air ekoran kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang Bukit Badong, Hulu Selangor.

Beberapa kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur akan terjejas kerana ia melibatkan tiga loji rawatan air yang membekalkan air kepada 60% penduduk di Lembah Klang.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar semalam hadir dengan hanya memakai tuala berwarna putih sambil membawa gayung dan perlatan mandinya ke SUK untuk cuba menggunakan pejabat kerajaan negeri itu untuk mandi.

Menurutnya, kediamannya di Ampang masih lagi tidak mempunyai bekalan air sejak lima hari lalu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia