Jangan jadi duri dalam daging UMNO

Menurut Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Othman Endut, pihak-pihak berkenaan perlu berani untuk menonjolkan diri dan tidak menjadi duri dalam daging bagi UMNO yang mana ianya hanya akan melemahkan parti Melayu itu.

“Kalau sudah tidak setuju dengan UMNO, keluar UMNO dan mereka boleh sertai mana-mana parti yang selari dengan kehendak mereka, termasuklah parti baharu.

“Bagi UMNO, sudah tentu kita tidak ada paksaan kepada mana-mana pihak untuk sertai mana-mana parti,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mengulas mengenai kesan penubuhan BERSATU kepada UMNO, Othman tidak menolak UMNO sedikit sebanyak akan turut terkena tempiasnya.

“Penubuhan parti baharu sudah tentu akan meninggalkan kesan kepada parti lama sama ada UMNO, PAS dan sebagainya kerana ahli-ahli parti baharu berasal dari parti-parti lama.

“Kalau mereka masuk parti baharu, ia tidak akan meninggalkan kesan khusus kepada kekuatan UMNO sebaliknya pendirian mereka akan dilihat lebih terang lagi bersuluh,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri