Beliau bagaimanapun berkata, berlandaskan Islam, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah selagi tidak dibuktikan.
“Kita bukan sahaja khusus dalam 1MDB, semua penyelwengan kita tolak. Tapi perlu disiasat terlebih dahulu, kita tidak menghukum sesiapa sebelum disiasat dengan cara yang betul.
“Mengikut kaedah perundangan Islam yang kita perjuangkan, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahan,” katanya ketika ketika ditemui pemberiota di Parlimen, pada Se;asa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kritikan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap parti Islam itu.
Syed Saddiq sebelum ini menzahirkan kekecewaan terhadap Hadi kerana presiden parti itu mengambil pendirian untuk tidak bermusuh dengan Umno.
Hadi turut berkata media pada hari ini didakwa kerap menjadi hakim mengenai sesuatu perkara.
“Apa yang berlaku hari ini, seringkali media seolah olah menjadi hakim, media bukan badan kehakiman. Media boleh lakukan begitu, tetapi jangan membuat keputusan sebelum sesuatu itu.
“Ini melibatkan semua, bukan sahaja kerajaan, ini termasuk untuk pembangkang. Sama ada Lim Guan Eng atau Anwar Ibrahim yang sudah dihukum termasuklah perdana menteri.
“Saya sendiri pun masih perlu dibuktikan terlebih dahulu. Penglibatan ini perlu dipelihara dengan baik,” kata ahli Parlimen Marang itu lagi.