Jangan hanya salahkan majikan, Imigresen perlu ambil tindakan, kata T. Murugiah

Beliau berkata, kenyataan jabatan itu untuk menyita harta majikan yang menggaji pekerja asing mulai Oktober 1 depan, seperti ‘menuang minyak ke dalam api’.

“Seseorang majikan yang telus dan ikhlas, tidak akan melakukan sebarang perkara bercanggah undang-undang.

“Maka, jangan hanya menuduh majikan dalam isu ini, malah menyelesaikan masalah kekurangan pekerja,” katanya, memetik laporan Makkal Osai.

Peniaga-peniaga kecil telah melalui pelbagai masalah, bagi mereka melangkau ke tahap seterusnya menjadi amat sukar, katanya.

Beliau berkata, menyita dan membeku harta peniaga yang melakukan perniagaan sendiri merupakan satu tindakan yang tidak bijak.

Murugiah berkata, program pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berjaya juga menyebabkan majikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Beliau turut menggesa Imigresen supaya memberi pendedahan jangka masa panjang mengenai pengambilan pekerja asing sebelum sebarang tindakan diambil.

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal