Jelasnya kegagalan ikon usahawan Melayu itu menapis iklan dengan menyiarkan iklan mendedahkan aurat wanita adalah tidak menggambarkan sikap orang Islam khususnya.
“Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato’ Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.
“Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki.
“Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.,” jelasnya menerusi laman Facebook.
Nik Abduh yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata demikian dengan mengulas iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D’HERBS untuk salah satu produk kecantikan syarikat berkenaan.