Jangan guna nama BERSATU, kata Ku Nan

“Dia nak tubuh (parti baharu) tak apa. Tapi dia tak boleh guna ‘bersatu’ kerana ia sesuatu yang “common”.

“Jadi saya merayu kepada RoS (Pendaftar Pertubuhan) nak lulus, luluslah. Tapi kalau boleh minta mereka jangan guna pakai ‘bersatu’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat, Bukit Jalil, hari ini.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Nan berkata pihak RoS seharusnya meneliti perkara seperti ini sebelum memberi kelulusan kepada mana-mana parti atau organisasi baharu.

Malah dalam masa yang sama, beliau turut mempertikaikan nama Parti Amanah Negara (Amanah) yang juga merupakan perkataan biasa dan digunakan secara umum.

“Saya pun tak faham kenapa diluluskan dulu (Amanah). Amanah pun “common”.

“Jadi saya harap ketua pengarah RoS boleh tengok benda-benda ini, mereka guna perkataan seperti ini untuk mengelirukan masyarakat.”

Dalam pada itu, beliau menambah meskipun BERSATU yang baru ditubuhkan mengambil pendekatan keahlian untuk Melayu dan Bumiputera, beliau yakin bahawa UMNO masih lagi dihati rakyat.

“Akhirnya kita juga akan mencapai kejayaan, itu kepercayaan saya kerana UMNO merupakan parti yang mempunyai fokus, inklusif yang bersama-sama bangsa lain,” tambah Menteri Wilayah Persekutuan itu. -mStar

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri