Jangan campur tangan siasatan DOJ!

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, Amerika Syarikat kini berhasrat untuk mendakwa pihak terlibat dan tidak akan berkompromi terhadap individu yang melalukan kesalahan di negara mereka.

“Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

DOJ sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih daripada US$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB yang merupakan sebahagian daripada US$3.5 bilion yang dilarikan dari institusi itu dalam salah laku pecah amanah.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau nama panggilannya Mat Sabu berkata, rakyat negara ini tidak perlu menjadi terlalu naif memandangkan Amerika Syarikat hanya mahu memburu pesalah wang haram tersebut.

Beliau mendakwa, di negara ini, Peguam Negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat.

“Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) disiasat oleh polis dan beberapa pegawai mereka dipecat serta ditukar manakala Timbalan Perdana Menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoalkan 1MDB, juga kemudian dipecat,” katanya.

Tambah Mat Sabu, Suruhanjaya Diraja sewajarnya ditubuhkan sejak awal lagi bagi menyiasat isu ini secara keseluruhan – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia