Jangan bincang khabar angin, kata Mat Sabu

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ahli Amanah perlu terus fokus untuk mengukuhkan parti itu demi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Saya ingin menyeru kepada seluruh ahli Amanah agar tumpukan perhatian kepada tugas kita yang paling utama sebelum berbincang tentang sebarang spekulasi PRU atau soal pembahagian kerusi.

“Amanah di seluruh peringkat perlu memaksimumkan penggunaan ahli-ahli Jawatankuasa Nasional, Angkatan Wanita Amanah, Pemuda Amanah dan Wanita Amanah memberi penerangan kepada seluruh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mat Sabu berkata, penyertaan Naib Presiden PAS Husam Musa ke dalam Amanah perlu dimanfaatkan mereka.

“Penyertaan Husam dan rakan-rakan lain juga perlu digunakan sebaiknya untuk meningkatkan lagi gelombang penyertaan masyarakat ke dalam Amanah,” katanya.

“Gunakan baki masa yang ada ini untuk kuatkan parti dengan menarik ahli seramai mungkin menyertai Amanah menjelang PRU14 akan datang,” kata Mat Sabu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri