Katanya, pembentukan parti baharu boleh membawa masalah kepada BN di masa akan datang dan BN terutamanya UMNO perlu lebih berhati-hati selepas ini.
“Usaha untuk memastikan UMNO-BN terus kukuh perlu digandakan secara lebih agresif selain memperkuatkan lagi perjuangan BN untuk rakyat dengan memperluaskan lagi penyertaan golongan belia dalam BN.
“Ketika ini adalah tidak salah jika satu daripada 13 Dewan Undangan Negeri yang diwujudkan di Sabah diberikan untuk diisi wakil rakyat yang muda.
“Ini akan mewujudkan peluang pemimpin muda berkerjasama dalam memperjuangkan masalah rakyat dengan berganding bahu bersama pemimpin berpengalaman dan veteran,” katanya.
Menurutnya lagi, gabungan tenaga muda yang agresif dan kepimpinan berpengalaman akan memperkuatkan BN dan kerajaan secara menyeluruh. – Tamil Nesan