Polis berkata, dengan nota yang mendakwa wanita itu membawa dua rakan bersenjata yang berdiri di luar bangunan, wanita itu berjaya merompak wang sebanyak wang 30,840 euro (RM140,804.05).
Wanita itu yang didakwa lewat hari ini memberitahu polis, dia adalah janda yang memiliki dua anak remaja lelaki dan perniagaan borong perikanan dengan hutang melebihi 50,000 euro (RM228,281.53).
Pemilik perniagaan kecil terjejas teruk akibat krisis kewangan Greek yang bermula akhir 2009.
Krisis itu menyebabkan kemiskinan dan pengangguran di negara itu. – AP