Jambatan maut ancam penduduk Kundang

Peningkatan kadar kenderaan yang menggunakan laluan itu juga dikatakan boleh mengancam penunggang motosikal dan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan.
Sehubungan itu penduduk sekitar meminta jambatan berkenaan dinaiktaraf dengan memperlebar bagi keselesaan pengguna.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, lima kemalangan dilaporkan berlaku dan terbaharu melibatkan sebuah kereta terjatuh dalam sungai bersama tiga penumpang didalam kereta itu.

Jambatan itu dikatakan dibina kira-kia 50 tahun lepas dan jambatan ini menjadi laluan utama kenderaan untuk menyeberangi Sungai Kundang berkenaan.

Malah keadaan bertambah bahaya ketika hujan lebat melanda kawasan itu dan penduduk mahu kerajaan segera menaiktaraf jambatan itu demi keselamatan masyarakat dan pengguna di situ.

Menurut Pengerusi MCA Bahagian Selayang, Cha Won Hung, jambatan itu akan dinaiktaraf pada tahun depan.

“Lebih menyedihkan jambatan itu tidak mempunyai sebarang papan tanda amaran bencana atau bahaya, yang mengeruhkan lagi keadaan di waktu malam.

“Kini kira-kira lebih 25,000 kenderaan melalui jambatan ini setiap hari. Harap kerajaan menyegerakan kerja pelebaran jambatan sebelum berlaku kemalangan maut,” katanya lagi. – Tamil Nesan

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal