Jamal Yunus dihalang memasuki Sarawak

Jamal yang bertolak ke Sarawak jam 9.30 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihalang kerana berada di dalam senarai ‘Notis Tolak Kemasukan” (Not To Land Notice/NTL)’.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebelum ini menegaskan tindakannya melakukan pengharaman masuk ahli-ahli politik tertentu ke negeri tersebut adalah bertujuan melindungi kepentingan rakyat Sarawak.

“Saya perlu melindungi kepentingan rakyat Sarawak, terutama daripada unsur-unsur yang tidak baik… dari sudut politik dan sebagainya.

“Itu tugas dan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri Sarawak,” katanya.

Kata Adenan berkata, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pihak, terutama pemimpin pembangkang di Semenanjung yang mempersoalkan hak istimewa Kerajaan Negeri menghalang kemasukan individu-individu ini ke Sarawak.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri