VIDEO: Jamal tawar diri jadi Presiden FAS, mahu tandingi JDT

Keputusan itu katanya diambil setelah mengambil kira isu pengurusan persatuan berkenaan termasuk masalah kewangan dan perletakan mantan presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menjelang Liga Malaysia 2017.

“Sebagai sebuah gergasi bolasepak tanah air, sudah pasti kerugian amat besar dan kekecewaan di hati penyokong ‘The Red Giant’.

“Selepas perletakan jawatan presiden baru-baru ini, saya merasa terpanggil untuk memulihkan semula segala masalah yang sedang berlaku dalam FAS.

“Saya juga berjanji akan memberi seratus peratus komitmen termasuk menyelsaikan masalah kewangan yang dihadapi FAS,” ujarnya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Terdahulu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilantik selaku presiden menerusi keputusan sebulat suara oleh Jawatankuasa Eksekutif FAS dalam Kongres Luar Biasa pada Disember 2014.

Turut mengambil keputusan sama ialah Pengurus Pasukan Red Giants, Amirudin Shari.

Beliau menerusi laman Facebook rasminya, mengumumkan keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan sikap barisan Exco FAS yang masih dengan sikap dan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi.

https://www.youtube.com/watch?v=qAXTyg_uDBk

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron