Selepas MDSB roboh hotel, Jamal serbu pusat judi haram di Sekinchan

Kata Jamal, MDSB mengambil tindakan tegas meroboh Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik beliau kerana tidak mempunyai lesen tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap premis-premis tidak berlesen yang menjalankan kegiatan haram.

“Tempat hotel saya di roboh dan seal (tutup) yang ini (premis judi haram) depa (MDSB) tutup mata,” katanya kepada media.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu, terdapat sembilan premis yang disyakki menjalan kegiatan haram di daerah tersebut iaitu lima di Sekinchan dan selebihnya di Sungai Besar.

Jamal pada Rabu lalu hadir ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di Shah Alam dengan bertuala putih sambil membawa gayung berisi peralatan mandi untuk menumpang mandi susulan ketiadaan air di kediamannya selama empat hari.

Susulan daripada itu, kerajaan negeri melalui MDSB telah bertindak balas menghantar notis perintah tutup bertarikh 22 Disember pagi semalam yang menyebut pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, MDSB terus bertindak merobohkan sebuah resort yang dimiliki oleh Jamal.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia