Jamal kecewa dihalang masuk ke Sarawak

Beliau berkata, tiada sebab mengapa pihaknya dihalang daripada memasuki Sarawak, sedangkan dia merupakan pemimpin Umno dan NGO kerajaan yang tidak terlibat dengan sebarang permasalahan.

“Bagi saya, kami tidak pernah melakukan kesalahan jenayah, dan kami merupakan NGO yang daripada kerajaan pun tak boleh masuk Sarawak jadi bagaimana NGO yang banyak lepas ke Sarawak daripada pihak pembangkang, daripada DAP PKR dan sebagainya.

“Kami lihat berduyun-duyun yang masuk Sarawak,”ujarnya.

Sehubungan itu Jamal berkata, pihaknya akan menghantar surat dan merayu kepada Ketua Menteri untuk minta penjelasan dan mengharapkan agar rayuan untuk diberi kelonggaran memasuki Sarawak, bagi menyempurnakan beberapa program di sana.

“Pihak kerajaan Sarawak tak boleh ‘double standard’. Kita minta pihak kerajaan Sarawak terus ‘block’ la pemimpin dan NGO-NGO daripada pihak pembangkang, kerana mereka ni sentiasa buat provokasi, fitnah dan pendusta. Jadi itulah yang saya nak sampaikan hari ini, selain daripada perasaan kecewa dan sedih pada hari ini,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi tadi dan diarahkan kembali semula ke KLIA.

Difahamkan, beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dihalang masuk ke negeri itu berikutan pelbagai kenyataannya sebelum ini yang dikatakan bersifat perkauman.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri