Jamal hanya tanding Parlimen Sungai Besar jika DAP letak Suee Lim

Jamal juga mengakui dirinya tidak termasuk dalam senarai tujuh calon Umno dari Sungai Besar yang dikemukakan kepada Perhubungan Umno Negeri Selangor untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

“Kalau beliau (Suee Lim) bertanding mewakili DAP di kerusi ini, saya akan mengusulkan kepada pucuk pimpinan parti untuk beri laluan kepada saya untuk bertanding di (Parlimen) Sungai Besar.

“Saya nak lihat jika kami bertanding, siapakah yang akan diterima masyarakat di sini,” katanya, memetik laporan Sinar Online.

Sinar Harian semalam melaporkan, Jamal mengakui telah menyenaraikan tujuh nama calon berpotensi untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar sekiranya berlaku PRK di kawasan itu.

Jamal berkata, tujuh nama calon BN itu telah dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat Umno Bahagian Sungai Besar.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri