Jamal ditahan polis ketika hendak keluar rumah

Jamal yang merancang untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini ditahan pihak polis pada jam 1.30 pagi tadi.

Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam.

Sementara itu, Jamal dalam satu kenyataan media berharap Himpunan Merah V2 di Padang Merbok esok menjadi kenyataan.

“Pihak polis telah datang ke rumah dan menahan saya sekitar jam 1.30 pagi hari ini dibawa ke IPK Selangor, Shah Alam.

“Saya berharap penahanan saya tidak mematahkan semangat para penyokong Gerakan Baju Merah untuk meneruskan perjuangan.

“Saya juga berharap Himpunan MERAH V2 yang dijadual berlangsung esok di Padang Merbok menjadi kenyataan,” katanya

Polis sebelum ini terlebih dahulu menahan 10 pemimpin dan aktivis Bersih 5 termasuk Pengerusi Bersih 2, Maria Chin Abdullah yang turut merancang untuk mengadakan himpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Pihak polis telah memberi amaran tegas dalam sidang media pada Jumaat bahawa perhimpunan BERSIH dan Baju Merah adalah demonstrasi haram berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri