Jamal Baju Merah buat laporan polis dakwa dipukul

Kejadian kira-kira 4 petang itu dikatakan berlaku ketika beliau bersama pengikutnya mengekori anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih di sebuah pusat beli-belah.

Laporan yang dibuat pada 5.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya itu antara lain menyatakan berlaku perang mulut dan tolak menolak antara anggota kedua-dua kumpulan berkenaan.

“Dalam insiden itu, tiba-tiba saya dipukul, ditumbuk oleh seseorang yang memakai baju Bersih dari sebelah kanan tepat di muka dan hidung saya. Akibat pukulan itu saya mengalami kecederaan berdarah dan bengkak pada hidung,” kata Jamal dalam laporan polis itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan itu.

“Siasatan masih dijalankan termasuk melalui rakaman (visual) di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.— Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri