Jakim siasat status mee segera dari Korea

Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal berkata, hasil siasatan berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Untuk makluman pengguna, mee segera ini merupakan produk Korea yang telah mendapat pengesahan daripada Korea Muslim Foundation (KMF) iaitu salah sebuah Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jakim.

“Namun begitu, status logo dan kehalalan produk tersebut belum dapat dikenal pasti. Siasatan bersama pihak KMF di Korea sedang giat dilakukan. Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.

Semalam, tersebar meluas perbualan tentang status halal mee segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Menurut Jakim lagi, setiap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf telah diaudit berdasarkan prosedur dan piawaian ditetapkan oleh pihaknya.

“Pengguna diharap tidak membuat andaian awal sehingga pengesahan daripada pihak KMF diperoleh,” katanya.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah