Jaga sungai dengan baik untuk beri rakyat air bersih

Walaupun masalah pencemaran air ini menyebabkan air tiada, ia sudah menjadi satu perkara biasa di Malaysia. Namun Sungai Semenyih yang kerap berlaku pencemaran dalam tempoh satu bulan ini telah menyebabkan LRA ditutup sementara dan kawasan yang tiada air juga semakin meluas. Fenomena air tiada untuk tempoh yang lama juga satu perkara yang jarang berlaku.

Disebabkan itu, MB Selangor, Azmin Ali menyimpulkan bahawa pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih dilakukan oleh UMNO dengan tujuan menyerang kerajaan negeri bagi menghadapi PRU akan datang. Beliau mungkin ada alasan tersendiri namun mempolitikkan pencemaran sungai dan masalah tiada air sebenarnya langsung tidak membantu dalam menyelesaikan dilema yang dihadapi rakyat sekarang.

Mujurlah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wan Junaidi yang mengetuai pegawai Jabatan Alam Sekitar mengadakan perbincangan mengenai masalah pencemaran sungai ini dengan MB Selangor. Kedua-dua pihak akhirnya mengenepikan perbezaan politik dan mencapai persetujuan.

Agensi berkaitan di kerajaan Pusat dan negeri termasuk Jabatan Alam Sekitar, kerajaan tempatan, LUAS dan Syabas bersepakat menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat punca pencemaran sungai ini. Penulis yakin ia dapat membantu mencari dalang pencemaran sungai sekali gus menamatkan masalah pencemaran sungai yang berulang.

Daripada kerajaan Pusat, kerajaan negeri sehinggalah kepada kerajaan tempatan, setiap agensi mempunyai tanggungjawab dan kewajipan mereka masing-masing. Oleh kerana perbezaan bidang kuasa, tanggungjawab dan kurangnya koordinasi, maka berlaku kontradiksi antara kerajaan Pusat dan negeri dalam melindungi sungai dan sumber air. Hari ini, kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang bersedia menubuhkan satu pasukan untuk mengawal sungai adalah satu langkah positif bagi menyelesaikan masalah ini.

Air sungai adalah sumber air yang sangat penting. Sembilah puluh tujuh peratus daripada air yang digunakan untuk aktiviti harian adalah daripada air sungai sementara 3 peratus lagi adalah daripada air bawah tanah. Apabila pencemaran air sungai berlaku dan menyebabkan kurangnya air, rakyat akan menderita.

Walau bagaimanapun, masalah pencemaran air sungai masih lagi perkara biasa, perlepasan sisa industri oleh peniaga dan petani juga mencemarkan air sungai. Lebih serius lagi apabila segelintir kilang haram melepaskan sisa bahan kimia dan logam berat terus ke dalam sungai. Jabatan Alam Sekitar dan kerajaan negeri perlu kerap membuat rondaan di kilang industri yang berhampiran dengan sungai bagi memastikan mereka mematuhi peraturan.

Air adalah sumber kehidupan yang paling penting kepada manusia, kehidupan harian seseorang memerlukan kewujudan air. Perindustrian dan pertanian juga menggunakan air untuk pengeluaran produk mereka. Oleh yang demikian, setiap unit yang berkaitan perlu mempunyai langkah-langkah pengurusan krisis yang menyeluruh supaya kaedah berkesan dapat diguna pakai dalam usaha mengagihkan air ketika bekalan air terganggu.

Kawasan di Lembah Kelang adalah pusat pentadbiran yang penting kepada Malaysia, ia juga kawasan paling padat dengan penduduk, lebih-lebih lagi negeri Selangor yang diisytiharkan sebagai negeri maju 11 tahun lepas. Bagaimana rakyat di negeri yang maju mahu memenuhi keperluan berkualiti kehidupan mereka? Kerajaan Pusat dan negeri sudah tentu perlu memberi keutamaan dalam mengukuhkan pemantauan sungai bagi mengelakkan air sungai daripada dicemari lagi. – Sin Chew Jit Poh

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”