Jadikan nasihat PM sebagai pengajaran buat MIC

Sambil menyambut baik peringatatan Datuk Seri Najib Tun Razak, Jayaraman berkata, nasihat Perdana Menteri menunjukkan beliau mementingkan kesejahteraan masyarakat India.

“Sekarang, pemimpin MIC yang berada di kedudukan tinggi tidak mahu menghormati ketua cawangan. Mereka tidak mahu menjawab panggilan telefon pun.

“Pemimpin-pemimpin yang berada di kedudukan tinggi perlu membantu ketua cawangan, baru akan ada sikap hormat-menghormati,” katanya.

Katanya, ini kerana, ketua cawangan lebih mendekati masyarakat dan mengetahui masalah rakyat, maka sikap membantu antara sesama dapat menyelesaikan pelbagai masalah.

“Saya membantu kira-kira 2,000 masyarakat India dalam memperolehi kad pengenalan sejak zaman Tun Sambanthan. Tetapi sehingga kini, masalah itu tidak dapat ditangani.

“Isu itu perlu ditangani secepat mungkin,” katanya sambil menambah pemimpin MIC perlu mengambil langkah yang sewajarnya dalam hal berkenaan. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal