Jabatan kecemasan dan trauma HSA ditutup sementara

Jabatan tersebut merupakan sebahagian daripada bangunan induk HSA, yang diarahkan tutup sementara secara berperingkat mulai semalam.

“Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah ditutup sehingga diberitahu. Sekiranya ada kecemasan, sila ke klinik atau hospital kerajaan yang berhampiran,” menurut satu notis yang ditampal di hadapan jabatan itu.

Wartawan Bernama yang membuat liputan di hospital itu mendapati suasana di perkarangan jabatan itu lengang dan sunyi.

Semalam, Menteri Kesihatan Dr S. Subramaniam mengumumkan bangunan induk HSA akan ditutup sementara secara berperingkat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan keselamatan termasuk pendawaian, struktur dan hal berkaitan, yang dijangka mengambil tempoh antara dua dan empat minggu.-– Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia