Isu SJKT Ampang akan diselesaikan segera – Rajendran

Penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil di Jabatan Perdana Menteri itu tampil menjelaskan mengenai dakwaan terdapat masalah dalam kontrak pembinaan sekolah selain campur tangan politik.

Dakwaan itu diketengahkan oleh bekas pelajar sekolah itu yang mempersoalkan mengenai masalah pembinaan bangunan tambahan di sekolah itu semalam.

Katanya, sebanyak RM1 juta diperuntukkan JPM bagi tujuan pembinaan bangunan tambahan itu.

Dana itu diserahkan selepas ditandatangani lembaga pengarah serta guru besar sekolah itu mengikut Prosedur Operasi Standard yang digariskan untuk pembangunan sekolah Tamil di negara ini.

Tiga syarikat kontraktor disenarai pendek. Pihak pengurusan sekolah sepatutnya mengadakan mesyuarat dan melantik kontraktor dengan budi bicara penasihat pembinaan.

Tetapi langkah itu tidak diambil dan dilewatkan agak lama disebabkan perbezaan pendapat antara Guru Besar, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah itu.

Mereka digesa untuk mengambil tindakan segera tetapi malangnya ia tidak berlaku pada 12 Ogos lalu apabila Guru Besar, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan dan ahli-ahli serta penjaga kualiti (QS) dan arkitek dan pakar jurutera elektrik mengadakan pertemuan khas.

Pemilihan kontraktor diperjelaskan dalam mesyuarat itu dan menerusi proses mengundi syarikat kontraktor Perkamo dipilih untuk pembinaan bangunan tambahan itu.

“Namun kami dari JPM termasuk saya sendiri tidak dapat berada di mesyuarat itu. Keputusan pemilihan kontraktor telah diserahkan kepada JPM.

“Lembaga Pengurusan Sekolah itu diminta bersama minit mesyuarat tersebut supaya menyerahkan surat pengesahan pemberian kontrak kepada syarikat Perkamo kepada jawatankuasa kami di JPM.

“Namun sehingga hari ini sekolah itu tidak menghantar dokumen-dokumen itu kepada kami.

“Pun begitu, kami selaku penyelaras pelan sekolah Tamil tidak akan membiarkan masalah ini berlarutan dan akan menyelesaikan ia dalam masa terdekat,” ujarnya. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal