Beliau berkata DAP mendakwa isu itu sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian mengenai masalah Gerakan yang dikatakan mengalami kemelut dalaman dalam memilih calon di Sungai Pinang.
Mah menjelaskan tindakan Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video rakaman perbincangan mengenai pembayaran bagi mendapatkan rumah kerajaan negeri itu adalah untuk memaparkan permasalahan yang dihadapi rakyat negeri itu.
“Rakyat mengemukakan rungutan berkenaan hal bayaran yang perlu diberikan sekiranya ingin mendapatkan rumah mampu milik…ini tiada kaitan dengan Gerakan untuk mempolitikkan isu ini,” katanya, memetik laporan mStar Online.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat, mengambil keterangan daripada seorang Adun di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rasuah bapanya bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri itu.
Bapa Adun berusia 68 tahun itu, direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan rasuah tersebut.