Isu MB: Najib turun menghadap Sultan Terengganu

Kata Najib, beliau akan turun menghadap Sultan Mizan dalam masa terdekat untuk berhubung perkembangan terkini di negeri itu.

“Selepas majlis menghadap itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya berharap kita tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan.

“Kerajaan Terengganu akan berjalan seperti biasa. Apa-apa perkembangannya akan saya maklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Lundu, di sini.

Sultan Mizan dikatakan murka dengan Razif dan melucutkan semua gelaran yang diberikan.

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri