Isu KK Mart – Anwar Ingatkan Tidak Ambil Tindakan Sendiri

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 226 128 153 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 98 101 114 107 117 110 106 117 110 103 32 107 101 32 66 97 122 97 114 32 82 97 109 97 100 97 110 32 68 101 115 97 32 73 108 109 117 32 100 97 110 32 115 101 116 101 114 117 115 110 121 97 32 98 101 114 98 117 107 97 32 112 117 97 115 97 32 100 97 110 32 115 111 108 97 116 32 109 97 103 104 114 105 98 32 100 105 32 77 97 115 106 105 100 32 65

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada 5 pagi tadi.

Beliau berkata sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.

“Kita akan bertindak terhadap orang yang melakukan tindakan (lempar bola api itu) terutama yang melibatkan keganasan.

“Negara ini negara aman. Jangan guna isu kaum atau agama untuk memporak-perandakan (negara). Saya juga telah beritahu pihak polis supaya tidak bertolak ansur sama sekali dalam perkara ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak 2024 di sini hari ini.

Insiden di KK Mart Sungai Isap telah menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu.

Sebelum ini cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak turut mengalami nasib serupa.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata polis akan mengerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di Malaysia susulan insiden tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Sarawak, Perdana Menteri berkata segala isu berbangkit boleh dibincang dengan baik.

“Pendaftaran PADU di Sarawak baik, perbincangan juga baik. Terdapat beberapa kebimbangan yang kita terima dan kita akan tangani dengan baik, semua isu boleh dibincangkan dengan baik,” kata beliau. – BERNAMA

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia