Isu calon PM di PH masih dibincangkan

Tercetus persoalan sama ada ia akan ditetapkan sebelum atau selepas PRU-14 yang dijangkakan pertengahan tahun ini.

Bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuan terakhir untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ia menyebabkan beliau tidak boleh bertanding dalam PRU-14 dan menyebabkan penyokongnya juga dalam keadaan tertekan dan terdesak.

Presiden Amanah Mat Sabu telah membuat pengumuman penting dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang iaitu mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PM yang sesuai.

Penasihat DAP Lim Kit Siang di majlis yang sama menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon Timbalan PM.

Sebulan sebelum itu iaitu sekitar November lalu, Anwar pula diuar-uarkan sebagai calon PM seolah memaksa Muhyiddin mengawal keinginannya untuk menjadi TPM.

Ia seolah-olah menegur Tun M bahawa bukan kamu atau saya untuk menentukan calon PM.

Kawasan PKR juga mempersoalkan kewajaran kita semua bertelingkah untuk jawatan sedangkan kemenangan belum dapat ditentukan lagi.

Strategi Rafizi adalah jika Pakatan Harapan menang besar PRU, Anwar akan memperoleh pengampunan YDPA, dan Ahli Parlimen PKR akan memberi laluan untuk Anwar bertanding dan menjadi PM.

Disember lalu, termeterai perjanjian muafakat politik antara PH dan PPBM.

DAP mencalonkan nama Muhyiddin sebagai calon TPM dan ia mungkin strategi DAP untuk menarik undi Melayu.

Adalah tidak sesuai untk DAP idam jawatan PM dan TPM dan mereka menyedarinya.

pada 2013, Pakatan menang dengan pencapaian agak baik lebih 86 kerusi Parlimen sekali gus menafikan dua pertiga majoriti BN.

Wan Azizah tetap dengan pendiriannya bahawa Anwar adalah PM seterusnya.

Jangan kata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana sebagai isteri beliau sabar menanti dan sedia melakukan apa sahaja demi kebaikan suaminya yang kini di penjara Sungai Buloh. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal