VIDEO: Jamal berang dihalang mandi di SUK Selangor

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, turut membawa gayung, berus gigi dan alatan mandian lain.

Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu jam 9.40 pagi tadi, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

“Saya hanya mahu menumpang mandi di bilik pejabat MB (Menteri Besar). Jika tidak boleh, benarkan saya mandi di tandas bawah saja.

“Jika mahu saya bayar, saya akan bayar. Saya pergi surau, masjid tapi semua tiada air,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamatan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menegaskan pihaknya tidak dapat membenarkan Jamal masuk ke pekarangan pejabat pentadbiran negeri atas dasar keselamatan.

Berikutan itu, pintu pagar utama ke bangunan pentadbiran itu ditutup menyebabkan orang awam yang mahu berurusan juga terhalang daripada masuk ke bangunan berkenaan, memetik BH Online.

https://www.youtube.com/watch?v=rad8-iyTa9g

Related posts

VIDEO: Jamal mungkin letak jawatan Ketua Bahagian UMNO Sg. Besar, akan ‘usahakan’ judi haram

VIDEO: Ku Nan sedia disiasat polis

VIDEO:Rafizi kempen boikot Petron