Istilah kafir harbi kekal relevan seperti mana Al-Quran dan sunnah

Forum menampilkan lima ahli panel iaitu, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin; Engku Ahmad Fadzil dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM); Dr Fathul Bari mewakili Pemuda UMNO; Dr Mazlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (USIM) dan Hasanuddin Yunus mewakili Parti Amanah Negara (PAN).

Mengulas mengenai istilah kafir harbi sama ada masih relevan ataupun tidak, Engku Ahmad berkata ia tetap relevan sehingga hari kiamat.

Engku Ahmad berkata, melainkan jika ada pihak dalam kalangan umat Islam itu sendiri berani mengatakan bahawa al-Quran dan al-Sunnah itu sudah tidak lagi relevan.

“Ia bukan saja masih relevan, tetapi sentiasa relevan, kecuali apabila kita kata yang al-Quran dan al-Sunnah itu sudah tidak relevan. Selagi mana kita kata al-Quran dan al-Sunnah itu relevan maka sampai kiamatlah (istilah kafir harbi) relevan.

“Istilah kafir ini sebanyak 132 kali muncul dalam al-Quran, malah ada perintah Allah untuk memerangi golongan kafir yang memerangi Islam,” katanya ketika mengulas mengenai isu kafir harbi pada forum itu.

Beliau berkata, kafir harbi adalah golongan kafir yang tidak ada sebarang perjanjian dengan pemerintah Islam.

Manakala kafir zimmi adalah golongan yang berada dibawah pemerintahan Islam dan membayar jizyah, namun seandainya mereka menentang Islam, maka ia perlu diperangi.

Namun kata Engku Ahmad, amat malang bagi umat Islam di negara ini apabila golongan ilmuan Islam sendiri salah faham ataupun silap tafsiran terhadap istilah kafir harbi yang dilontarkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman baru-baru ini.

Memerangi bukan bermakna pertumpahan darah, sebaliknya menentang ideologi ataupun fahaman yang dibawa oleh kumpulan kafir harbi berkenaam yang dimaksudkan oleh Mufti Pahang itu.

Ketika ditanya sama ada DAP itu kafir harbi ataupun tidak, Engku Ahmad berkata forum berkenaan bukan untuk menghukum mana-mana pihak, sebaliknya untuk mengenali kelompok kumpulan yang digelar kafir harbi.

Seorang lagi ahli panel, Fathul Bari juga turut bersetuju bahawa istilah kafir harbi masih relevan, namun ia ditentukan oleh pemerintah yang sah.

Sementara itu Hasanuddin yang juga Naib Presiden PAN menjadikan forum berkenaan sebagai pentas mempertahankan tindakan DAP yang menentang Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

Beliau berkata, umat Islam tidak sepatutnya cepat menghukum DAP walaupun parti itu menolak rang undang-undang Islam itu.

Oleh HASPAIZI MOHD ZAIN

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri