Isteri Taib Mahmud nafi ‘larikan’ suami dari hospital

Gambar Instagram Raghad Taib

KUALA LUMPUR: Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan bahawa beliau ‘melarikan’ suaminya dari sebuah hospital swasta di Kuching, tanpa kebenaran doktor.

Penafian itu dibuat dalam satu hantaran di akaun Instagramnya semalam, bersama sekeping surat tulisan tangan iaitu bukti beliau membawa keluar Abdul Taib dengan kebenaran pihak hospital.

Terdahulu, pegawai perubatan, Dr Mohd Nazrin Jefri membuat laporan polis susulan Raghad mengeluarkan Abdul Taib daripada Unit Rawatan Rapi, Pusat Pakar Rawatan Normah di Kuching tanpa kebenaran.

Mengikut laporan polis yang tular di media sosial, Raghad tiba di hospital itu pada jam 11.56 malam Sabtu lalu, diiringi pengawal peribadi dan pembantunya.

“Walaupun sudah diberitahu mengenai keadaan pesakit yang memerlukan rawatan rapi di hospital, saya dimaklumkan oleh jururawat bahawa beliau (Ragad) tetap bertegas untuk menanggalkan segala alat perubatan yang dipasang ke badan pesakit tanpa pengetahuan kakitangan ICU yang bertugas,” menurut laporan polis Dr Mohd Nazrin yang bertugas ketika kejadian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam satu kenyataan semalam turut mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung isu berkenaan

Katanya, kes itu kini sedang disiasat mengikut Sesyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, menurut nota yang dikongsi Raghad, pada jam 1.40 tengah hari Sabtu, doktor dimaklumkan yang Raghad ingin membawa Taib pulang dan seorang doktor mengambil maklum permintaan itu.

Kemudian pada pukul 1.45 tengah hari, seorang doktor berkata, infusi perlu dilakukan sebelum Taib dibawa keluar.

Pada pukul dua petang, nota tersebut mencatatkan vital Taib ketika itu, dan mengakhiri nota itu dengan catatan ‘awaiting to discharge (menunggu untuk dikeluarkan)’. – Getaran.my

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia