Isteri Taib Mahmud Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Isteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Raghad Kurdi Taib telah membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa beliau membawa keluar suaminya dari hospital atas nasihat doktor.

Menerusi catatan di akaun Instagramnya hari ini, Raghad memberitahu, beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman Hospital Normah, tempat Taib dimasukkan ke wad di Kuching.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bila dan di mana laporan polis itu dibuat.

“Saya telah memfailkan laporan polis untuk menyangkal dakwaan tidak berasas ini dan melindungi privasi dan hak Tun Taib untuk memilih rawatan perubatannya.

“Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan polis dalam sebarang siasatan dan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Hospital Normah jika perlu,” ciapnya di laman sosial itu.

Raghad turut menggesa orang ramai supaya tidak mengendahkan laporan yang mengelirukan dan menghormati hak Taib terhadap privasi dan keputusan perubatan yang dimaklumkan.

“Keluarga saya akan kekal tabah dan bersatu dalam masa yang sukar ini. Kami memohon doa orang ramai untuk suami saya, kesihatan dan kesejahteraan Tun Taib,” ujarnya.

Awal bulan ini, Raghad menafikan membawa suaminya keluar dari hospital atas nasihat doktor.

Beliau menegaskan, laporan polis yang menyiasat bahawa Taib telah dibawa keluar dari hospital atas nasihat doktor sebagai tidak benar.

Melalui catatan sama Raghad berkata, beliau tidak membawa suaminya keluar dari hospital atas nasihat doktor. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia