Isteri pengurus Felda maut kemalangan jatuh jambatan

KUANTAN: Seorang pengurus Felda cedera di kepala manakala isterinya maut apabila kereta dipandunya terbabas jatuh daripada jambatan di Kilometer 2, Jalan Sungai Koyan – Raub, Lipis petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, kejadian berlaku pukul 6.57 petang membabitkan kereta Perodua Kancil dipandu lelaki berusia 50 tahun itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut datang dari arah Raub menghala ke Sungai Koyan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu Kancil itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jambatan dan jatuh terjunam ke bawah jambatan.

“Akibat dari kemalangan ini, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut namun penumpang yang juga isterinya telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia