Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Arahan BN di Resort Safari di sini pada Sabtu.
Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang universiti terkemuka perundangan dunia Lincoln’s Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.
Ibu kepada empat anak itu juga merupakan seorang yang bergiat dalam dunia politik dan menjadi anggota Jawatankuasa Umno bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).
Semalam, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya dalam PRK Kuala Kangsar.
Sementara itu, Parti Amanah Negara akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun. – Bernama
Â