Isteri Adun Sarawak hilang bukan kes culik – Polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi berkata kes itu membabitkan isu keluarga dan wanita berusia 41 tahun itu dijangka pulang ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.

Pada Khamis lepas, ketika wakil rakyat berkenaan mahu menjemput isterinya yang dijadual tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Mukah, beliau mendapati wanita itu tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Adun berusia 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis.

Media sebelum ini melaporkan wanita berkenaan dipercayai diculik. – mStar Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap