Istana Negara milik Najib, BN, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri itu berkata, atas dasar itu beliau mengesahkan kehadiriannya selepas menerima jemputan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara.

“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik (Perdana Menteri) Najib (Razak) dan parti Barisan Nasional (BN),” kata Dr Mahathir di laman blog miliknya, www.chedet.cc.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam artikel bertajuk “Pembatalan” turut menyatakan beliau menerima jemputan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 10 November lalu untuk menghadiri istiadat melafaz dan menandatangani sumpah jawatan oleh Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember di Istana Negara.

“Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik,” kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, pada 6 Disember lalu beliau menerima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut jemputannya dibatalkan atas alasan tiada kerusi disediakan untuknya.

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.

“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada Tun,” kata kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang disertakan Dr Mahathir dalam blognya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri