Israel dijilat api, Netanyahu tuduh Palestin dalang kebakaran

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan tentang rejim Zionis meminta Greece, Croatia, Cyprus serta Turki untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.

Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.

Ramalan cuaca pada Jumaat menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.

Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.

Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.

Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia