Ismail nafi sertai PPBM

Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, berkata dakwaan itu tidak berasas dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dalam laman Facebook. “

“Saya sedar perkara ini menjadi viral dalam Facebook baru-baru ini dan ingin tegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas.

“Kemungkinan ada pihak berbuat demikian kerana mahu mendapatkan sokongan rakyat di Parlimen Pagoh.

“Mereka tidak perlu menggunakan taktik kotor seperti ini untuk mencari pengaruh. Kami (UMNO Pagoh) akan terus berbakti kepada rakyat,” , memetik laporan BH Online.

Dakwaan menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang itu mahu keluar UMNO mula viral di Facebook selepas ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, dilantik sebagai Setiausaha Agung PPBM.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri