Irfan Bakti sah milik Terengganu

Irfan Bakti, 65, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, jam 9 malam ini dan akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat ketika dihubungi berkata, kontrak Irfan akan ditandatangani selepas syarat dikemukakan kedua pihak dipersetujui.

“Kita akan bincang, tetapi berdasarkan perbincangan awal, kita tiada masalah untuk memenuhi syarat ditetapkan Irfan,” katanya.

Irfan bukanlah jurulatih asing buat skuad penyu kerana pernah membimbing skuad penyu selama tiga musim mulai tahun 1999.

Ketika menjadi jurulatih pasukan Terengganu, skuad penyu muncul naib juara Liga Super dan berjaya ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Irfan juga membantu skuad penyu muncul naib juara Liga Super dan menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011. Rozi berkata, tanggungjawab yang akan digalas Irfan selepas menandatangani kontrak ialah mengenal pasti dan memilih pemain untuk menyarung jersi skuad penyu musim depan.

“Irfan juga diberi tanggungjawab memilih barisan pengurusan skuad penyu termasuk penolong jurulatih,” katanya, memetik laporan BH Online.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2