Ira Kazar terima pengajaran video gelek maut

Menurut Kazar, sebelum ini beliau sudah pernah menasihati anaknya itu untuk mengawal dan menjaga tingkah laku bagi mengelakkan terjadinya perkara seperti yang berlaku itu.

“Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu.

“Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang memalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti,” katanya memetik laporan mStar Online.

Tarian gelek maut Ira Kazar dapat perhatian netizen.

Kazar dihubungi untuk menjelaskan berkenaan video anaknya Ira Kazar atau nama sebenarnya Fadira Fatini Kazar menjadi hangat di Internet pada Ahad lalu apabila dia merakamkan aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake.

Video tersebut turut menjadikan nama Ira Kazar trending di Twitter dengan kritikan dan hinaan.

Tambah Kazar apa yang dilakukan oleh anaknya itu bukanlah sesuatu perkara yang boleh memalukan keluarga sebaliknya tindakan nakal seseorang remaja yang sedang membesar.

“Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja,” ujarnya.

Akaun Instagram Kazar sering memuat naik foto-foto yang menggunakan teknik ‘super impose’.

Dalam pada itu, Kazar meminta agar masyarakat tidak terus menghukum anaknya atas perbuatan dia yang tidak berfikir panjang sebaliknya meminta agar diberi peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan.

“Saya harap orang ramai juga tidak terus menghentamnya di laman sosial, dia seperti manusia lain yang tidak lari daripada kesilapan,” ujarnya.

Sementara itu, Kazar yang menggunakan akaun peribadi @kazar35 berkata dia juga tidak berhasrat untuk menutup akaun Instagram peribadinya disebabkan kejadian itu.

Namun dia akan lebih memilih untuk membenarkan pengikut-pengikut yang ikhlas mengenalinya sahaja berbanding bertujuan mengecam dia dan keluarganya. – mStar

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran